Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

67) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status program usahawan India, mengikut jenis perniagaan yang ditawarkan serta DUN yang berjaya mengikuti program tersebut?

    Pada 31 Oktober 2016 di dalam Pembentangan  Belanjawan  2017  Negeri  Selangor yang lalu, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan sebanyak RM1,000,000.00 diperuntukan bagi tujuan Program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor atau Selangor Indian Entrepreneurship and Capacity Building Program : Towards Economic Resilience, Empowerment and Upward Mobility.

    Seramai 418 orang peserta yang telah mengikuti Program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor pada tahun 2017. Sebanyak 10 jenis kursus yang telah dijalankan di bawah program ini dan dilaksanakan di enam (6) daerah di Negeri Selangor iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Gombak.

    Sebanyak 198 usahawan telah memulakan perniagaan setelah menyertai Program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor. Setiap kursus dapat menghasilkan usahawan yang dapat membina perniagaan mereka sendiri mahupun mendapat peluang pekerjaan baru. Tiga kategori kursus utama yang menyumbang kepada peluang pekerjaan adalah daripada kursus Kalungan Bunga Malai sebanyak 60 usahawan, E-Digital Marketing sebanyak 25 usahawan dan Nail Art, Medicure And Pedicure And Waxing sebanyak 20 usahawan. Lain-lain kursus seperti Fotografi pula masing-masing seramai 18 usahawan. Manakala kursus Aksesori Wanita, Bakeri (Kek dan Biskut) dan Facial and Bridal masing-masing seramai 15 usahawan. Manakala kursus Jahitan Blaus, Pembuatan Kuih Tradisional, Facial and Bridal dan Graphic And Design masing-masing mempunyai 10 usahawan yang telah mempunyai  peluang pekerjaan. Perincian usahawan yang berjaya memperolehi peluang pekerjaan adalah seperti berikut:

    Bil Program/Kursus Bil peserta yang telah memulakan perniagaan Sumber pendapatan
    1. Fotografi 18 Tempahan majlis perkahwinan, majlis am dan lain-lain
    2. Aksesori Wanita 15 Facebook dan pemasaran online
    3. Jahitan Blaus 10 Berniaga dari rumah
    4. Pembuatan kuih tradisional 10 Tempahan musim perayaan, program am dan majlis keramaian.
    5. Bakeri (Kek dan Biskut) 15 Tempahan musim perayaan, program am dan majlis keramaian.
    6. Graphic and Design 10 Bekerja secara free lance di kedai grafik dan tempahan persendirian.
    7. Nail art, medicure and pedicure and waxing 20 Tempahan majlis keramaian
    8. Facial and Bridal 15 Mini spa di rumah dan tempahan majlis keramaian
    9. Kalungan bunga malai 60 Kedai bunga, pemasaran online dan tempahan persendirian
    10. E-digital marketing 25 Perniagaan persendirian
    JUMLAH 198  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.