Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
66) TANAH DI IJOK, SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cerita sebenar berikutan tanah di Ijok?
Soalan ini dijawab bersekali ‘a’ dan ‘b’ KRONOLOGI:
Pada asalnya tanah ini merupakan tanah hutan simpan Bukit Cherakah yang telah dikeluarkan dari simpanan hutan oleh MMKN bertarikh 29.11.1973 bagi maksud pertanian dengan keluasan lebih kurang 6,750
MMKN ke 20.1.1977 pada dasarnya telah meluluskan 6,750 ekar tanah kerajaan untuk dimajukan dibawah Rancangan Revolusi Hijau Peringkat 1 dengan keluasan 2,820 ekar yang mengandungi 651 peserta dengan diberi 3 ekar setiap
Rancangan ini deserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk dimajukan dengan diberi kelulusan lessen menduduki sementara dan peserta-peserta menandatangani surat akuan persetujuan tanah ini dibangunkan oleh PKPS tertakluk syarat-syarat yang dikenakan oleh
MMKN bertarikh 27.7.1994 telah meluluskan pengeluaran hakmilik kepada peserta Revolusi Hijau Bukit Cherakah Peringkat 1. Bagaimanapun kelulusan telah dipinta serta diluluskan pada 5.3.1997 yang melibatkan hanya seramai 648 peneroka sahaja dan pindaan syarat kelulusan pengeluaran
Exco MTES pada 19.12.2000 telah meluluskan pemberimilikan tanah Revolusi Hijau II dan III pada Syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd seluas lebih kurang 2,136 ekar (melibatkan 712 peserta) dan Syarikat Liputan Canggih seluas lebih kurang 1,077 ekar (melibatkan 359 peserta). Bagaimanapun kedua-dua syarikat ini tidak dapat meneruskan pembangunan berkenaan.
UPEN telah mengemukakan permohonan Pengambilan Balik Tanah bertarikh 3.8.2012 dan telah diwartakan pada 11.10.2012 dengan No. Warta Pengambilan 4459 dengan maksud ‘Permohonan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 3 (1) dan Pengisytiharan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi Tujuan Awam untuk Membolehkan Perancangan Semula Pembangunan Bandar ALam Mutiara Selaras dengan Pembangunan Sekeliling bagi Menaiktaraf Hidup Penduduk Kuala Selangor dan Mukim Ijok Khususnya dengan melibatkan 14 hakmilik Syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dengan keluasan 423.08 hektar dan satu hakmilik Ringgit Exotika Sdn Bhd dengan keluasan 34.95
Bagaimanapun sehingga ‘Borang E (Siasatan Pengambilan Tanah) dibawah Seksyen 10 Akta Pengambilan 1960 dilaksanakan’, Syarikat Mujur Zaman telah mengemukakan saman ke Mahkamah dengan melibatkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor, Pentadbir Tanah Kuala Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Abdul Khalid Bin Ibrahim, Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebagai Responden-Responden.
- Dalam waktu prosedur saman dilaksanakan, terdapat satu syarikat iaitu Syarikat Paragon Pinnacle Sdn Bhd (anak Syarikat Eco World Development) telah berminat untuk membeli serta memajukan tanah-tanah
- Pada 17 Mei 2016 satu Perintah Mahkamah telah dikeluarkan iaitu reponden Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pendaftar Hakmilk Negeri Selangor, Pentabir Tanah Kuala Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik prosiding pengambilan tanah dengan membuat pemberitahuan berkenaannya di dalam Warta menurut Seksyen 35 (1A) APT 1960 dan membuat nota berkenaannya menurut Seksyen 35 (4) APT 1960 bagi tanah-tanah perayu kedua iaitu Syarikat Mujur Zaman Sdn
- Dengan penarikan ini, Syarikat Paragon Pinnacle Sdn Bhd (anak Syarikat Eco World Development) telah membeli tanah-tanah berkenaan serta menyelesaikan apa-apa masalah yang berkaitan diantara kedua-dua syarikat berkenaan termasuk penyelesaian peneroka-peneroka tanpa melibatkan Kerajaan Negeri
- Syarikat Paragon Pinnacle Sdn Bhd (anak Syarikat Eco World Development) pada 11.01.2016 telah memasuki Perjanjian Penyelesaian bersama Syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd, Syarikat Liputan Canggih Sdn Bhd dan Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Perdana yang mengikat Paragon Pinnacle Sdn Bhd untuk menyelesaikan permasalahan di antara Syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan Syarikat Liputan Canggih Sdn Bhd bersama peneroka- peneroka.
- Syarikat Paragon Pinnacle Sdn Bhd perlu menyediakan 987 unit rumah berkeluasan 20’ x 70’ kepada peneroka yang
- Selain daripada itu, Syarikat Paragon Pinnacle Sdn Bhd juga perlu menyelesaikan pembayaran pempasan sejumlah RM 44,378,007.86 kepada peneroka dan dibayar kepada Peguam yang dilantik iaitu Messrs, Daim &
- Syarikat Eco World bersetuju menyelesaikan masalah-masalah peneroka termasuk pemberian wang dan membina rumah peneroka mengikut perjanjian terdahulu yang telah ditandatangani oleh peneroka dengan syarikat
- Berdasarkan perkara ini, tiada rampasan tanah yang dibuat melainkan hanya di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Kerajaan Negeri Selangor juga tiada mengeluarkan sebarang bayaran kepada mana-mana pihak serta telah menjimatkan kewangan Kerajaan Negeri sekiranya prosedur pengambilan balik diteruskan.
-
Terangkan kronologi pemberian tanah, rampasan tanah oleh Kerajaan Negeri dan terbaharu pemberian wang tunai, rumah serta menandatangani perjanjian.