Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

65) KEDUDUKAN REZAB KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dengan terperinci berapakah jumlah rezab kewangan Negeri Selangor sehingga 31/12/17.

    Y.B. Tuan Speaker,

    Soalan mengenai Rizab Negeri ini akan dijawab bersekali dengan soalan 68 oleh YB Batang Kali.

    Rizab Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM2,838.82 juta. Jumlah tersebut dikumpul melalui Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1,082.36 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM1,756.46 juta.

  2. Sila huraikan keberkesanan dasar KNS yang memfokuskan Belanjawan pembangunan lebih daripada pengurusan.

    Sejak tahun 2016 Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha meningkatkan Peruntukan Pembangunan yang lebih tinggi berbanding Peruntukan Mengurus. Pada tahun 2016 peruntukan pembangunan adalah berjumlah RM1,364.47 juta iaitu 49% berbanding peruntukan mengurus berjumlah RM1,399.21 juta iaitu 51%. Pada tahun 2017 pula peruntukan pembangunan berjumlah 1,631.75 juta iaitu 51

    % berbanding perbelanjaan mengurus berjumlah RM3,217.75 iaitu 49%. Malanaka Belanjawan tahun 2018 pula, peruntukan pembangunan berjumlah RM1,660 juta iaitu 53% dan peruntukan mengurus berjumlah RM3,120.00 juta iaitu 47%.

    Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya membelanjakan lebih 90% daripada peruntukan yang diluluskan untuk manfaat dan kepentingan rakyat Negeri Selangor. Diantara projek projek pembangunan yang berimpak tinggi adalah:

    • Projek Mitigasi 2 iaitu meningkatkan kapasiti bekalan air terawat dan menambahbaik sistem agihan bekalan air bernilai RM328 juta,
    • Loji Rawatan Air Semenyih 2 bernilai RM188 juta,
    • Jambatan Ketiga Klang untuk menyurai kesesakan trafik yang berjumlah RM250 juta,
    • Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan dagang bernilai RM427 juta,
    • Projek Menaiktaraf Jalan Reko, Kajang bernilai RM65 juta dan lain-lain projek yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat Negeri

     

     

  3. Sila nyatakan secara terperinci bagaimana amalan dasar perbelanjaan berhemah membantu memperkukuhkan rezab KNS.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban serta akauntabiliti dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money) melalui kaedah perolehan yang holistik seperti berikut:

    • Mengwujudkan sistem tender terbuka didalam semua perolehan Kerajaan Negeri.
    • Kaedah Penilaian secara “Cut Off” iaitu penentuan harga munasabah berdasarkan nilai
    • Mengeluarkan pekeliling perbelanjaan berhemah

    Hasil daripada perbelanjaan berhemah tersebut, Kerajaan Negeri berjaya merekodkan penjimatan yang signifikan dalam perolehan Kerajaan pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM232.25 juta peruntukan perbelanjaan sekaligus membantu meningkatkan rizab negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.