Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

57) MASALAH PEDOFILIA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan peranan dan tanggungjawap kerajaan untuk membantu mangsa pedofilia di Selangor.

    Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat,

    Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak dengan melindungi mereka dari penderaan melalui peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

    Statistik tahun 2015 hingga tahun 2017 menunjukkan bahawa jumlah penderaan fizikal, emosi dan seksual terhadap kanak-kanak di Negeri Selangor adalah berjumlah 2,529 kes seperti pecahan berikut:

    • Penderaan fizikal : 1,517 kes
    • Penderaan emosi : 95 kes
    • Penderaan seksual : 917 kes

    Mangsa penderaan kanak-kanak akan diselamatkan dan diberi perlindungan oleh JKM. Sesi kaunseling juga akan dijalankan oleh pegawai kaunselor bagi kes yang memerlukan.

  2. Bagaimanakah kerajaan dapat menangani masalah ini yang menjadi salah satu punca gejala sosial yang merosakkan kerharmonian dan kebahagian rumah?

    Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor sangat komited untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak di Negeri Selangor dengan melaksanakan pelbagai program advokasi berkaitan kesejahteraan kanak- kanak pada tahun 2016 dan 2017.

    Antara program yang telah dilaksanakan pada tahun 2016 adalah :

    1. Seminar Literasi Media untuk Perlindungan Kanak-Kanak yang telah dihadiri oleh 400 orang peserta dalam kalangan pengasuh dan guru TASKA di Selangor berkenaan kesan teknologi dan media sosial dalam perkembangan kanak-kanak serta isu pedofilia.

     

    1. Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-Kanak yang melibatkan 600 orang peserta dalam kalangan ibubapa, para guru dan pengasuh TASKA. Program ini memberi pendedahan kepada para peserta akan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan kanak-kanak agar jenayah yang melibatkan kanak-kanak dapat dikurangkan.

     

    1. Program Peningkatan Kesedaran Terhadap Gejala Sosial Di Kalangan Remaja Perempuan Negeri Selangor melalui “Big Girls Talk” yang telah dihadiri oleh 400 orang remaja perempuan di Selangor. Program ini memberi pendedahan kepada para peserta akan risiko-risiko gejala sosial serta pencegahannya.

     

    1. Program Selangor Teen Volunteers yang telah dilancarkan pada 28 Ogos 2016 merupakan satu platform bagi menanam kesedaran sifat tolong-menolong serta prihatin kepada masyarakat sekeliling selain mencungkil potensi diri kanak- kanak agar dapat membina keyakinan dan membentuk keperibadian yang mulia dalam kalangan kanak-kanak di Selangor. Sehingga Februari 2018, JKM Selangor telah mendaftarkan sejumlah 301 orang kanak-kanak sebagai Selangor Teen

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah melaksanakan program-program bagi menangani kes penganiayaan kanak-kanak pada tahun 2017 seperti berikut:

    1. Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Di Sekolah Sahabat Bijak: Safe & Protect.

    Bagi tahun 2017, JKMN Selangor telah mengadakan enam (6) Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Sekolah Sahabat Bijak: Safe & Protect. Kempen ini adalah bagi tujuan:

    • Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak
    • Memberi kesedaran kepada     ibu    bapa/penjaga,     guru-guru    serta masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak iii.Memberi pendedahan literasi undang-kepada semua pihak berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak
    • Memberi pendedahan kepada kanak-kanak, ibu bapa/penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang bentuk-bentuk bantuan berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak

     

    2.     Program Kecerdasan Emosi

    JKM Selangor melalui Bahagian Kaunseling dan Psikologi telah menganjurkan program Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak. Objektif program adalah mendedahkan kanak-kanak kepada isu sosial dan perlindungan kanak-kanak dan seterusnya meningkatkan kendiri mereka supaya dapat menghadapi isu sosial dan keselamatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.