Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

44) STATUS PROJEK PR1MA DI SUNGAI MERAB

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan Projek PR1MA di Sungai Merab yang diterima oleh pihak Kerajaan Negeri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini Kerajaan Negeri hanya menerima dan meluluskan satu (1) permohonan bagi membangunkan Projek PR1MA di Sungai Merab. Perincian pembangunan projek PR1MA adalah seperti di Jadual

    Jadual 1 : Perincian Projek PR1MA

     

    Pemaju

    Komponen Pembangunan Saiz (kp) Bilangan Unit Harga Jualan (RM)
    Kumpulan Sakata Sdn.

    Bhd.

    Rumah PR1MA 850 – 1,100 1,456 (RM235,000.00– RM305,000.00)
    Jumlah     1,456  
  2. Apakah syarat-syarat kelulusan yang diberikan kepada pihak PR1MA?

    Syarat-syarat kelulusan yang diberikan kepada pihak PR1MA adalah sama dengan syarat-syarat yang diberikan kepada pemaju-pemaju lain yang mana ianya tertakluk kepada dasar-dasar semasa yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri seperti keperluan penyediaan Rumah Selangorku, mematuhi Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor dan lain-lain dasar

  3. Mengapakah pihak Kerajaan Negeri tidak mempermudahkan kelulusan projek perumahan untuk rakyat ini?

    Kerajaan Negeri tiada masalah dalam mempermudahkan / mempercepatkan kelulusan projek PR1MA demi merealisasikan projek untuk kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu dasar khusus iaitu Dasar Rumah Selangorku Berkaitan Pembangunan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang mana dasar tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 26/2017 yang diadakan pada 09 Ogos 2017 dan telah diluluskan oleh MMKN Ke 27/2017 pada 16 Ogos 2017. Dasar tersebut secara rasminya digunapakai berkuatkuasa bermula pada 07 September 2017. Dasar tersebut juga bertujuan untuk memaklumkan kepada semua agensi kerajaan dan swasta seperti Pihak  Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan-Jabatan Teknikal, Pejabat Tanah Daerah (PTD), pemaju dan semua penggiat industri dalam sektor perumahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.