Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
36) AIR TIDAK TERHASIL (NON REVENUE WATER)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan yang ada pada Air Selangor untuk menurunkan kadar NRW ke paras kurang daripada 20% menjelang 2020?
Kadar NRW telah dirancang untuk diturunkan ke tahap 28% pada tahun 2020 dan seterusnya ke tahap 20% pada tahun 2035 daripada tahap NRW 31% pada tahun 2017. Antara program NRW dan inisiatif-inisiatif yang dijalankan berdasarkan pelan perniagaan tersebut adalah seperti berikut:
- Program Pengesanan Kebocoran Aktif (‘Aktive Leakage Detection’) pada paip retikulasi;
- Pengesanan kebocoran pada paip utama dengan menggunakan alat pengesanan kebocoran yang berteknologi tinggi;
- Pengawasan dan amaran awal apabila berlaku kes paip pecah dan bocor melalui pemantauan Pressure Transient;
- Pembentukan Zon Permeteran Daerah (‘District Metering Zone’),
- Pembentukan Kawasan Imbangan Air (Water Balance Area) dengan Pengurusan Tekanan Air;
- Penukaran paip komunikasi yang berselerak dan lama;
- Penukaran meter Loji Rawatan Air (LRA);
- Pelaksanaan program pengurusan tekanan air yang sistematik;
- Program penukaran meter air pengguna yang lama/rosak;
- Pensaizan semula meter air pengguna; dan
- Penukaran Meter Mekanikal kepada Meter Elektromagnetik
-
Berapakah banyak peruntukan diperlukan untuk mencapai matlamat ini?
Berdasarkan pelan perniagaan yang telah dirancang, keseluruhan kos bagi kerja- kerja penurunan NRW telah dianggarkan sebanyak RM13.6 billion selama 30 tahun termasuk kos kerja penukaran paip lama. -
Bagaimanakah Air Selangor akan memperolehi peruntukan kewangan yang diperlukan ini?
Bagi membiayai kerja-kerja penurunan NRW, sumber-sumber kewangan yang dicadangkan ialah:
i) Pembiayaan melalui PAAB;
ii) Geran dari KeTTHA;
iii) Peruntukan dari Kerajaan Negeri; dan
iv) Peruntukan dana dalam Air Selangor.