Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

4) PENCEROBOHAN HUTAN BAKAU

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan kawasan hutan simpan bakau yg telah di cerobohi di sepanjang pantai di negeri Selangor.

    Pada tahun 2017, terdapat 20 kes kesalahan hutan yang melibatkan penebangan dan kecurian kayu jaras bakau berjaya dikesan berlaku di kawasan Hutan Paya Laut (Hutan Simpanan Kekal) di sepanjang pantai di negeri Selangor. Daripada 20 kes tersebut, jumlah kayu jaras bakau yang telah ditebang adalah sebanyak 4,811 batang dan jumlah keluasan kawasan hutan bakau (HSK) yang diceroboh hanyalah dianggarkan lebih kurang 4.00 ha

  2. Apakah usaha untuk memulihkan semula hutan yg telah musnah akibat pencerobohan tersebut.

    Bagi kawasan-kawasan yang diceroboh, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) akan memulihkan kawasan-kawasan hutan bakau yang terosost dengan aktiviti penanaman semula pokok-pokok bakau dan spesie-spesies pokok yang bersesuaian. Selain itu, JPNS turut menganjurkan program-program kesedaran secara bulanan yang melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah, institut pengajian tinggi, masyarakat setempat serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam program menanam pokok-pokok

Lampiran

Tiada Lampiran.