Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

192) PENUTUPAN KLINIK 1 MALAYSIA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan melantik mana-mana klinik sebagai ganti kepada penutupan Klinik 1 Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan?

    Di Selangor pada masa ini terdapat 44 buah Klinik 1 Malaysia (K1M).  Terdapat 3 K1M yang ditutup iaitu K1 M di Seksyen 24, K1M U5 dan K1M Damansara Damai kerana:

    i. Memenuhi syarat-syarat penutupan yang telah ditetapkan oleh KKM. Syarat-syarat penutupan K1 M yang telah ditetapkan oleh KKM ialah seperti berikut:

    • Kedatangan pesakit kurang dari 20 pesakit sehari
    • Jarak Klinik 1 Malaysia dengan klinik kesihatan atau fasiliti kesihatan lain kurang dari 5 kilometer.
    • Sewaan bulanan yang tinggi iaitu melebihi RM3,000.00 sebulan.
    • Ketidak bersetujuan tuan tanah/pemilik bangunan dengan kadar sewa yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian.
    • Mendapat persetujuan ketua masyarakat/wakil penduduk.

     

    ii. Terdapat perkhidmatan klinik kesihatan yang berhampiran yang memberikan perkhidmatan yang lebih komprehensif: Klinik Kesihatan UTC, KD Kg Melayu Subang (naiktaraf perkhidmatan) dan Klinik 1 Malaysia Gugusan Semarak. Manakala K1M Rawang dalam proses pindah lokasi ke tempat yang baru kerana Ketidak bersetujuan tuan tanah/pemilik bangunan dengan kadar sewa yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian. Setakat ini tiada perancangan dari pihak KKM untuk melantik mana-mana klinik sebagai ganti kepada penutupan K1M.

  2. Berapakah kos dianggarkan jika klinik panel dilantik bagi tujuan tersebut

    Setakat ini belum ada keperluan untuk melantik Klinik Panel menggantikan K1M yang ditutup kerana terdapat klinik kesihatan berhampiran sebagai ganti untuk orang awam mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif.

Lampiran

Tiada Lampiran.