Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
188) I-SURI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramai rakyat Negeri Selangor yang layak menyertai Skim I-Suri yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim I-Suri adalah Insentif Khas Kerajaan Persekutuan kepada Suri Rumah yang buat masa ini adalah untuk mereka yang berdaftar dalam Pengkalan Data Kemiskininan Nasional (E Kasih). Buat masa ini, hanya mereka yang tersenarai dalam pengkalan data E kasih ini yang layak menerima insentif ini di mana jumlah rakyat Negeri Selangor yang layak menyertai Skim I-Suri ini adalah seramai 12,950 orang yang mereka ini terdiri dari kalangan Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/ suri rumah, KIR di kalangan ibu tunggal, KIR di kalangan balu dan KIR di kalangan belum pernah berkahwin (bujang).
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan had kelayakannya untuk memberi peluang kepada lebih ramai penerima di Selangor?
Skim I-Suri ini adalah di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri, justeru semua had kelayakan adalah ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.
-
Berapakah jumlah penerima Skim I-Suri sehingga Oktober 2018?
Jumlah penerima Skim I-Suri sehingga November 2018 adalah 34,428 orang untuk seluruh Negara dan 1188 orang penerima untuk Negeri Selangor (9.17%) dari jumlah rakyat yang layak.