Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
172) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini wifi hotspot yang telah dipasang mengikut kampung-kampung dan daerah di Negeri Selangor?
- Pecahan jumlah hotspot WiFi Smart Selangor (WiFiSS) mengikut Daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikutnya:
BIL. DAERAH JUMLAH HOTSPOT WIFISS 1. Petaling 1,935 2. Gombak 369 3. Klang 317 4. Hulu Langat 320 5. Sepang 305 6. Sabak Bernam 225 7. Kuala Selangor 186 8. Kuala Langat 91 9. Hulu Selangor 79 10. Smart Selangor Mobile Library 7 Jumlah 3,834 -
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk memasang wifi hotspot tersebut?
Pemasangan hotspot WiFi Smart Selangor (WiFiSS) tidak melibatkan kos pemasangan. Perbelanjaan adalah untuk langganan bulanan kepada pihak pembekal bagi perkhidmatan WiFi yang dibekalkan di kawasan-kawasan terbabit.