Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
166) RUMAH URUT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik jumlah rumah urut dari 2016 - 2018 mengikut PBT.
- Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil.5/2008 bertarikh 18 September 2008 telah mengarahkan bahawa pengeluaran lesen rumah urut dan urut tradisional dibekukan ke suatu masa yang akan diumumkan kemudian. PBT hanya mengeluarkan lesen di bawah Pusat Penjagaan Kesihatan (pusat refleksologi) dan pembaharuan lesen rumah urut sahaja.
Statistik jumlah rumah urut dari tahun 2016 sehingga 2018 adalah sebanyak 707 premis. Jadual 1 di bawah menunjukkan perincian mengikut PBT :
Jadual 1: Statistik jumlah rumah urut dari 2016-2018 mengikut PBT Selangor
-
Nyatakan jumlah cukai yang dikutip dari rumah urut dari 2016 - 2018 mengikut PBT.
Jumlah cukai yang dikutip dari rumah urut dari tahun 2016 sehingga 2018 adalah sebanyak RM1,183,954.01. Jadual 2 di bawah menunjukkan perincian mengikut PBT :
Jadual 2: Jumlah kutipan cukai dari 2016-2018 mengikut PBT Selangor
-
Bagaimanakah pemantauan PBT bagi memastikan pelesan rumah urut ini mematuhi segala syarat dan tidak menawarkan aktiviti tidak bermoral dan haram?
Bagi memastikan pelesen rumah urut ini mematuhi segala syarat dan tidak menawarkan aktiviti tidak bermoral dan haram, PBT membuat tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Operasi ini dijalankan bagi memperkukuhkan lagi tindakan penguatkuasaan serta membanteras aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan tidak bermoral. Manakala tangkapan bagi warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Imigresen. PBT juga sentiasa membuat pemantauan dan melaksanakan pemeriksaan bagi mengesan kewujudan premis-premis baru. Bagi premis- premis yang didapati beroperasi tanpa kelulusan, sitaan dan pengeluaran kompaun akan dilaksanakan.