Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

163) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan untuk membuka PHK dari 2016 - 2018?

    Jumlah keseluruhan bagi permohonan yang diterima bagi tahun 2016 sehingga 2018 adalah sebanyak 553 permohonan manakala jumlah keseluruhan permohonan yang diluluskan bagi tahun 2016 sehingga 2018 adalah sebanyak 365 permohonan. Butiran perincian mengikut PBT di Selangor adalah seperti Jadual 1 di bawah :

    *Permohonan diluluskan pada tahun 2016 adalah termasuk satu (1)     permohonan yang diterima pada 2015 tetapi diluluskan pada tahun 2016.

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengekang pertambahan PHK di Selangor?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang menyemak Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan 1995, (Pindaan) 1998 dan (Pindaan) 2001 bagi tujuan penambahbaikan selain menyemak peruntukan yang terdapat di dalam enakmen tersebut agar selaras dengan akta-akta yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Lampiran

Tiada Lampiran.