Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
162) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini permohonan Rumah Selangorku sehingga kini mengikut daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Selangorku mengikut daerah sehingga 05 Oktober 2018 adalah seramai 165,109 pemohon seperti berikut :
-
Berapakan peratusan permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?
Peratusan permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya adalah seramai 23,658 pemohon (14%), jumlah pemohon yang tidak layak dan menolak tawaran adalah seramai 23,890 (14%) manakala jumlah pemohon dalam senarai menunggu adalah seramai 117,561 pemohon (72%).