Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
141) DEWAN TERBUKA UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis peruntukan di peringkat negeri yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah bagi tujuan membina dewan terbuka yang amat diperlukan untuk kemudahan aktiviti para pelajar?
PBT hanya membina dewan awam di tapak-tapak yang telah disediakan sebagai tapak dewan atau tapak yang telah diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan sebagai tapak dewan untuk tujuan kemudahan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, tiada peruntukan bagi membina dewan terbuka di sekolah-sekolah. Dewan yang dibina di sekolah bagi memudahkan pelajar menjalankan pelbagai aktiviti adalah tertakluk kepada peruntukan pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
-
Berapakah jumlah bantuan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu membangun serta membaiki infrastruktur sekolah yang rosak atau uzur sehingga hari ini?