Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
65) SKUAD COMBI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Skuad Combi bagi menangani wabak penyakit berjangkit setempat seperti denggi?
COMBI (Communication for Behavioural Impact) atau Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku adalah satu program menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkah laku manusia ke arah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Konsep ini diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakakan oleh beberapa buah negara untuk mengawal penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Jumlah lokaliti COMBI yang berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi tahun 2018 adalah sebanyak 336 lokaliti.
Pihak Kerajaan Negeri Selangor, melalui Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa memantau dan memperkasakan pasukan COMBI yang telah ditubuhkan seperti berikut:
- Memberi penerangan serta taklimat kepada pemimpin-pemimpin COMBI setempat bagi menggerakkan masyarakat agar sentiasa mengutamakan kebersihan persekitaran.
- Melaksanakan latihan kepada semua ahli sukarelawan COMBI yang berdaftar
- Melaksanakan aktiviti COMBI di lokaliti masing-masing:
Aktiviti COMBI yang dilaksanakan adalah seperti lawatan rumah bagi menyampaikan mesej COMBI kepada ahli komuniti mereka seperti:-
- Luangkan masa berharga tuan/puan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu cari serta hapuskan tempat pembiakan Aedes di bahagian hadapan rumah, dalam rumah dan bahagian belakang rumah.
- Tunjuk cara melupuskan tempat pembiakan Aedes
- Tunjuk cara membersihakn takungan air yang berpontensi menjadi tempat pembiakan Aedes.
- Perbincangan kumpulan kecil
- Nasihat individu.
- Lupuskan sampah dengan sempurna dan buang sampah ke dalam tong sampah.
- Edaran ubat pembunuh jentik-jentik dari rumah ke rumah
- Sekiranya demam segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Keberkesanan menghapuskan Aedes dan wabak Denggi serta kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi menangani penyakit demam denggi ini, kerjasama semua pihak amat dituntut. Peranan daripada pemimpin, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan, Ahli Majlis Perbandaran, Jabatan Perpaduan adalah perlu bagi memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli COMBI untuk melaksanakan program-program COMBI seperti yang dinyatakan.