Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

64) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan penerima mengikut DUN dan status program dan kaedah SMUE bagi bulan Jun 2018 sehingga sekarang.

    Jumlah penerima fasa 1 dan 2 SMUE mengikut DUN sehingga 31/10/2018 adalah seperti di Lampiran.

    Program akan diteruskan sebagaimana biasa dengan sedikit penambahbaikan di mana Pemindahan rekupan secara Standing Instruction (SI) ke akaun ADUN akan ditamatkan dan diganti dengan kaedah sistem rekupan biasa di mana pembayaran rekupan ke akaun ADUN hanya akan dibuat oleh pihak pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) selepas menerima dokumen yang sah dari pihak PKM.

    Sejak bulan Jun 2018 hingga sekarang pembayaran fasa 1 dan 2 masih diuruskan oleh pihak PDT sehingga dimaklumkan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.