Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

19) PENGLIBATAN PEMIMPIN POLITIK DALAM PERSATUAN SUKAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam isu pembabitan pemimpin politik dalam persatuan-persatuan sukan di Negeri Selangor?

    Isu terhadap pembabitan pemimpin politik dalam persatuan-persatuan sukan di Negeri Selangor sememangnya wujud. Setiap persatuan sememangnya memerlukan individu yang berpengaruh dan mempunyai jaringan kuat di dalam semua aspek terutamanya dari sudut sumber kewangan.

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor tiada menetapkan pendirian yang khusus berkaitan isu ini kerana pihak Kerajaan Negeri berpendapat ianya sangat subjektif. Dalam masa yang sama tiada satu dasar ketetapan atau peraturan yang menghalang individu dikalangan pemimpin politik untuk berada didalam organisasi sesebuah persatuan sukan.

    Walau bagimanapun Pihak Majlis telah memaklumkan kepada semua pegawai sukan dari pihak Persatuan Sukan di Negeri Selangor ini agar tidak menjadikan persatuan sebagai platform menyebarkan ideologi politik kerana persatuan sukan itu sendiri mempunyai misi dan objektif yang perlu dicapai. Selain itu, ianya juga adalah untuk memastikan keharmonian semua pihak dapat dijaga walaupun berlainan fahaman politik.

Lampiran

Tiada Lampiran.