Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

18) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG DI DUN SENTOSA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.

    Berikut merupakan senarai kilang-kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Majlis:-

  2. Apakah tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Negeri dan MPK terhadap kilang-kilang di Lot 10439 Jalan Sungai Jati yang melakukan pembakaran terbuka sehingga mencemarkan alam sekitar di DUN Sentosa?

    Tindakan yang telah diambil oleh pihak Majlis ke atas kilang di Lot 10439 Jalan Sungai Jati adalah seperti berikut:-

    i. Kilang termasuk dalam senarai pemutihan kilang tanpa kebenaran (no rujukan MPK/KTK/KS07/A/I/003). Tindakan akan diambil setelah dasar baru di bawah Program Smart Kilang Tanpa Kebenaran 2.0 dikuatkuasa oleh Kerajaan Negeri (Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor).

    ii. Zon Perancangan mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020 : Perindustrian.

    • Syarat nyata tanah : Tiada.
    • Pemilik tanah : Ng Soon Beng, Ng Yeow Chee, Tan Teck Sim (Pemegang Amanah), d/a No. 79, Jalan Watson, Port Klang, Selangor
    • Pengusaha bangunan/tanah :
    1. Ranama Resource Sdn Bhd
    2. Suramjes Resources (M) Sdn Bhd
    3. Kochi Autoparts Sdn Bhd
    4. Semesta Fitri Sdn Bhd
    5. Quality Spraytile Sdn Bhd
    6. Sekar a/l Raidasamy
    7. Benalex Trading
    8. World Maintenance Engineering Sdn Bhd
    9. C. Rajandren Enterprise

     

    iii. Notis peringatan telah dikeluarkan kepada pemilik tanah / pengusaha supaya mengemukakan permohonan kebenaran merancang dalam hal pemajuan tanpa kebenaran.

  3. Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka oleh MPK di DUN Sentosa.

    MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

    Majlis Perbandaran Klang melalui Skuad Pantas sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan pentadbiran Majlis bagi memastikan tiada pembakaran terbuka berlaku sehingga menjejaskan kualiti alam sekitar.

    Skuad Pantas ini akan mengambil tindakan pemadaman terus ke atas mana-mana kebakaran terbuka yang berskala kecil yang berlaku. Manakala bagi kebakaran terbuka berskala besar, Skuad Pantas akan memohon bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi operasi pemadaman.

    Selain itu, tindakan kompaun juga boleh dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 16 (1) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Perbandaran Klang) 2007 ke atas mana-mana individu atau syarikat yang didapati menyebabkan pembakaran terbuka dengan kadar kompaun tidak melebihi satu ribu ringgit.

    Sekiranya pembakaran terbuka ini berulang,  pihak Majlis akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor untuk tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

    JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

    Dalam tahun 2018, sehingga kini sebanyak lima (5) kilang yang telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor berdasarkan kepada aduan yang telah diterima. Jenis-jenis kilang yang telah diambil tindakan adalah kilang berasaskan getah, logam, electroplating dan plastik. Kilang-kilang ini telah dikenakan tindakan undang-undang iaitu (dua) 2 kes diambil tindakan mahkamah, (satu) 1 kes kompaun, (lima) 5 notis arahan dan (dua) 2 telah ditahan kelengkapan kilang daripada beroperasi.

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menerima aduan berkenaan pembakaran terbuka pada 13 September 2018 dan telah membuat siasatan pada hari yang sama. Hasil siasatan JAS mendapati lokasi aduan tersebut adalah kawasan tanah lapang dan api didapati telah padam sepenuhnya. Hanya terdapat kesan-kesan pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun JAS Selangor telah mengeluarkan satu Notis kepada pemilik tanah supaya mengambil langkah-langkah bagi menghalang tanah beliau dicerobohi seterusnya bagi megelakkan kejadian pembakaran terbuka daripada berulang.

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menerima sebanyak 13 aduan pembakaran terbuka bagi tempoh dari tahun 2009 hingga Oktober 2018 melibatkan DUN Sentosa. Antara tindakan yang dilaksanakan oleh JAS Selangor adalah seperti berikut :

    1. mengeluarkan Notis Larangan Pembakaran Terbuka dan kompaun kepada pelaku atau pemilik tanah;
    2. memanjangkan hasil siasatan kepada agensi berkaitan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Daerah/Tanah Klang, dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bagi kes-kes pembakaran terbuka yang melibatkan tanah kerajaan/rizab jalan dan tapak sampah haram. Pihak-pihak berkenaan dikehendaki supaya melakukan pemantauan dan melaksanakan langkah-langkah untuk menghalang berlakunya pembakaran terbuka; dan
    3. JAS Selangor turut menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka secara harian dalam Daerah Klang terutamanya yang melibatkan kawasan yang sering terbakar.

Lampiran

Tiada Lampiran.