Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
15) ISU KESESAKAN JALAN DI KAWASAN GARING
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan di kawasan Garing yang disebabkan hanya mempunyai satu laluan keluar masuk untuk empat (4) sekolah dan ratusan rumah?
Jalan yang terlibat merupakan Jalan Persekutuan FT3209. Pihak JKR Selangor telah mengemukakan permohonan untuk menaiktaraf jalan tersebut kepada Ibu Pejabat JKR Malaysia seterusnya kepada Kementerian Kerja Raya pada 9 November 2017 untuk pertimbangan dan kelulusan.