Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

10) NAIK TARAF JALAN B27

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah projek naik taraf missing link Jalan B27 akan bermula untuk menyelesaikan isu banjir dan trafik Jalan Batu Arang?

    Pihak JKR Negeri Selangor telah mengangkat kertas cadangan projek ini untuk pertimbangan dan kelulusan pihak UPEN pada 1 Mac 2018. Skop kerja dan lukisan terperinci akan dimuktamadkan sebaik sahaja mendapat kelulusan dari pihak UPEN.

  2. Berapakah kos yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk projek tersebut?

    Anggaran kos yang dimohon oleh pihak JKR Negeri Selangor adalah sebanyak RM65 juta. Kos sebenar adalah tertakluk kepada perakuan dan kelulusan pihak UPEN.

Lampiran

Tiada Lampiran.