Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

7) DEWAN KOMUNITI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk menyelesaikan isu kekurangan Dewan Komuniti di kawasan Bandar Tasik Puteri, Bandar Country Homes dan Batu Arang?

    Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah membuat perancangan untuk membina dewan di Bandar Tasik Puteri dan permohonan tanah bagi tujuan tersebut sedang dilaksanakan. Pihak MPS juga akan mengemukakan permohonan peruntukan untuk menampung kos pembinaan kepada Kerajaan Negeri.

  2. Terdapat banyak dewan bawah pengurusan PBT menghadapi masalah uzur dan kerosakan, apakah tindakan Kerajaan untuk masalah tersebut?

    PBT sentiasa memantau keadaan fizikal dewan yang terletak di bawah pengurusannya dan melaksanakan penyelenggaraan berkala mengikut keperluan dan keutamaan. Selain itu, PBT juga menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dewan secara berperingkat dengan menggunakan peruntukan PBT masing-masing selain peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.