Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

6) PEMBANGUNAN SUKAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan berapa peruntukan yang telah digunakan untuk infrastruktur sukan di Selangor pada tahun 2013-2018?

    Kerajaan Negeri tidak menurunkan sebarang peruntukkan infrastruktur sukan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor pada tahun 2013 hingga 2015. Manakala pada tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut :-

    Untuk makluman juga, kebanyakan infrastruktur sukan adalah bukan milik pihak Majlis. Ianya adalah milik atau diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Darul Ehsan Facility Management (DEFM) dan juga persendirian.

  2. Apakah tindakan yang Kerajaan akan mengambil untuk memupuk aktiviti sukan supaya rakyat Selangor mengamal kehidupan yang sihat?

    Pihak Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan penuh kepada semua agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun badan-badan NGO dalam menganjurkan sebarang aktiviti sukan. Disamping itu juga, dalam memastikan budaya bersukan sentiasa berpanjangan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti sukan untuk semua golongan seperti Pesta Sukan Gen-S, cybergames, Sukan Selangor (SUKSES). Karnival Sukan Pusat Latihan Daerah (PLMSD) dan lain-lain sukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.