Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

2) HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah haiwan liar yang mengganggu gugat serta merosakkan harta benda penduduk seperti anjing dan monyet?.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi masalah haiwan liar yang mengganggu gugat kesejahteraan orang awam. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukan sebanyak RM100,000.00 pada tahun ini dalam usaha pemantapan pengurusan konflik hidupan liar oleh Jabatan PERHILITAN. Pelbagai inisiatif serta kaedah pengurusan konflik hidupan liar telah dipraktikkan dan dilaksanakan dimana ia merupakan salah satu kaedah pengurusan in-situ hidupan liar serampang dua mata yang berkesan di mana ianya bukan sahaja dapat mengurangkan konflik hidupan liar-manusia bahkan dalam menjamin kelestarian hidupan liar tersebut.

    Antara inisiatif yang dijalankan adalah melalui pemurnian pelan strategik pengurusan hidupan liar manusia-kera antaranya melalui kajian-kajian yang dijalankan pada setiap tahun dimana keperluan tersebut adalah untuk mendapatkan status terkini populasi kera di Semenanjung Malaysia sejak dari tahun 2013. Maklumat terkini berkaitan taburan serta anggaran populasi kera bagi tujuan penyelarasan tindakan yang perlu diambil oleh pihak jabatan dan pengkelasan lokasi konflik kera bermasalah.

    Melalui pelan strategik tersebut, Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai langkah mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari dengan kaedah-kaedah seperti pemantauan, pelupusan populasi secara terancang, tembak-halau dan tangkap-pindah. Tindakan penakaian (culling) ini adalah merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar. Kaedah ini adalah digunapakai bagi mengawal populasi melalui pengurangan secara terkawal spesies konflik seperti kera dimana spesies ini menyumbang kepada aduan gangguan yang tertinggi di Negeri Selangor yang menjadi penyumbang kepada jumlah tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ini bagi mengelakkan kelimpahan populasi spesies berkenaan yang boleh mendatangkan kemusnahan dan menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam. Langkah-langkah pengurusan yang diambil oleh pihak Jabatan mengambil kira pelbagai faktor keselamatan dan keperluan orang ramai yang pelbagai. Oleh itu, segala tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN adalah secara berhemat dan berhati-hati agar kesejahteraan orang ramai terjamin di samping menjaga kelestarian hidupan liar di Negeri Selangor.

    Walau bagaimanapun, bagi tujuan jangka panjang pendekatan lebih proaktif serta kerjasama daripada semua pihak adalah diperlukan memandangkan ianya merupakan spesies yang mempunyai kemandirian yang tinggi, mudah membiak serta tinggal berdekatan dengan penempatan manusia bukan sahaja di kawasan-kawasan kampung malah hidup di bandar-bandar besar yang mengancam keselamatan orang ramai. Seiring dengan kerancakan arus pembangunan yang kian pesat ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang penting serta saling bekerjasama dalam menangani isu kacau ganggu ini bagi memastikan kelestarian hidupan liar serta kesejahteraan orang ramai.

  2. Apakah statistik penangkapan haiwan-haiwan liar mengikut DUN?

    Peningkatan jumlah penangkapan seluruh Negeri Selangor seiring dengan peningkat bilangan aduan yang diterima di negeri ini. Berdasarkan kepada rekod Jabatan PERHILITAN, gangguan kumpulan primat terutamanya kera (macaca fascicularis) merupakan masalah kacau ganggu utama di Negeri Selangor dan di negeri-negeri yang pesat membangun. Kebolehan adaptasi yang tinggi menyebabkan hidupan liar ini mampu hidup dalam kelompok masyarakat manusia walaupun mempunyai sumber makanan yang terhad dan ini selalu menjadi punca kepada kerosakan harta benda orang awam di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi. Kepesatan pembangunan mendorong kepada jumlah peningkatan jumlah tangkapan iaitu peningkatan sebanyak lapan (8) peratus pada tahun 2016 berjumlah 10,301 ekor kepada 11,210 ekor pada tahun 2017.

    Berikut merupakan jumlah tangkapan bagi Kera di seluruh Negeri Selangor mengikut Pecahan Daerah:

Lampiran

Tiada Lampiran.