Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

312) PROJEK MRT DAN LRT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah projek MRT dan LRT memberi limpahan ekonomi kepada kawasan sekitar terutama di Lembah Klang?

    a) dan (b)

    Ya. Projek Mass Rapid Transit (MRT) dan Light Rail Transit (LRT) memang memberi limpahan ekonomi kepada kawasan sekitar terutama di Lembah Klang. Pelaksanaan projek yang berasaskan pengangkutan rel akan memberi kemudahan mobiliti kepada penduduk secara menyeluruh. Kemudahan seperti ini akan menjimatkan kos petrol yang sedang dipaksakan kepada pengguna. Selain itu juga, kos bagi masa perjalanan juga akan dapat dikurangkan. Pada masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk melaksanakan sebarang kajian terhadap kesan sampingan selepas projek MRT dan LRT siap.

  2. Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terhadap kesan sampingan selepas projek MRT dan LRT siap?

Lampiran

Tiada Lampiran.