Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

308) CADANGAN TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM DI LOT 9942 DAN 9987 MUKIM JERAM KUALA SELANGOR ZON PERKUBURAN DALAM RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2025 (RTMDKS 2025). MENCETUS BANTAHAN TERBUKA PENDUDUK BERSEMPADAN DAN BERHAMPIRAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kronologi awal status tanah kerajaan Selangor, serah milik dan pindah milik kepada pemaju?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 25/95 pada 16 Ogos 1995 telah meluluskan kebenaran memajukan Tanah Kerajaan seluas 2,833 hektar (7,000 ekar) bagi maksud pembangunan bercampur Bukit Cerakah yang akan diusahakan oleh Bukit Cerakah Sdn. Bhd. dan Corporate Development Sdn. Bhd., Koperasi Felda Bukit Cerakah Sdn. Bhd. dan Corporate Line Sdn. Bhd. Sebahagian daripada pembangunan tersebut iaitu tanah Lot 9987 berkeluasan 40 hektar telah diperuntukkan untuk dijadikan tapak

    Seterusnya, pada 20 Oktober 1999 melalui Exco MTES Bil. 26/99 telah meluluskan pemberimilikan tanah Lot 9942 seluas 70 hektar kepada Fokustek

    (M) Sdn. Bhd. bagi tujuan pembangunan bercampur. Manakala tanah Lot 9987 seluas 40 hektar pula telah diberimilik kepada Wire Excel Sdn. Bhd. pada 12 Disember 2001 melalui keputusan MMKN ke 32/2001 bagi tujuan pembangunan bercampur.

    Kedua-dua lot tanah ini telah dipindahmilik kepada anak syarikat Nirvana Memorial Park Sdn. Bhd. iaitu Future Spectrum Sdn. Bhd. bagi Lot 9987 dan Everest Fairway Sdn. Bhd. bagi Lot 9942 pada 28 Mei 2015 dan 20 Januari 2016.

    Oleh itu, berdasarkan Kanun Tanah Negara, Future Spectrum Sdn. Bhd. dan Everest Fairway Sdn. Bhd. telah disahkan mempunyai hak pemilikan ia tidak boleh disangkal berdasarkan Seksyen 92 KTN dan Seksyen 340 KTN setelah pendaftaran pindahmilik disempurnakan.

  2. Bagaimana dipastikan Hebahan Awam pengezonan dan Kebenaran Merancang sampai kepada penduduk sekitar?

    Oleh kerana faktor permukaan bumi kedua-dua tanah lot tersebut adalah berbukit dengan kecerunan ditahap kelas 3 dan 4 yang menghalang untuk dimajukan sebagai pembangunan bercampur dan merujuk kepada perancangan asal tanah Lot 9987 sebagai tapak perkuburan, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mencadangkan tanah bersebelahan iaitu Lot 9942 turut dijadikan sebagai Tapak Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB). Kajian Draf Rancangan Tempatan MDKS 2025 dengan cadangan kedua-dua lot tersebut dizonkan sebagai tapak perkuburan dan ianya telah dibuka untuk pandangan awam melalui hebahan di media cetak, media elektronik dan paparan notis dari 1 November 2013 hingga 26 November 2013. Selain itu, pemberitahuan kepada pemimpin setempat seperti Ahli Majlis melalui mesyuarat yang membincangkan draf RT juga telah diadakan. Sepanjang tempoh tersebut, tiada bantahan diterima dan seterusnya pada 7 Julai 2014, Jawatankuasa Perancangan Negeri telah meluluskan RT MDKS 2025 dan diwartakan pada 28 April

  3. Bagaimanakah status terkini kelulusan cadangan tersebut?

    Pada 26 November 2015, pemilik Lot 9987 iaitu Future Spectrum Sdn. Bhd. telah mengemukakan permohonan mengubah syarat nyata tanah kepada Bangunan Perniagaan (Tapak Perkuburan). Manakala Everest Fairway Sdn. Bhd. pula mengemukakan permohonan mengubah syarat nyata tanah kepada Bangunan Perniagaan (Tapak Perkuburan) pada 29 Mac 2015. Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan kedua-dua permohonan tersebut pada 20 November 2016 dengan syarat-syarat seperti berikut;

    • Pemilik tanah dikehendaki menyerahkan tanah miliknya seluas 23.89 ekar iaitu Lot 9942 seluas 1.754 ekar dan Lot 9987 seluas 22.135 ekar dibawah Seksyen 200 KTN bagi tujuan Tanah Perkuburan Islam;

     

    1. Tapak Perkuburan Islam tersebut hendaklah dirizabkan di bawah Seksyen 62 KTN dengan melantik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor sebagai Pegawai Pengawal dan diurus tadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor; dan

     

    • Bangunan Perniagaan (Tapak Perkuburan Bukan Islam) yang dibina tertakluk kepada keperluan piawaian Pihak Berkuasa

    Selain itu, pembangunan tapak perkuburan akan dipisahkan dengan hakmilik bersebelahan melalui penyerahan tanah seluas 16.079 ekar untuk tujuan laluan Rentis TNB yang juga dijadikan sebagai Zon Penampan.

    Isu bantahan penduduk ini juga telah dibincangakn dalam Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 2 Mac 2017. Antara isu yang disemak adalah dakwaan penduduk yang tidak dimaklumkan mengenai projek perkuburan tersebut. Isu ini telah dijelaskan oleh MDKS bahawa tiada sebarang bantahan diterima semasa draf RT MDKS 2025 untuk Lot 9987 dan Lot 9942 dizonkan sebagai tapak perkuburan dan telah dibuka untuk pandangan awam.

    Isu kedua ialah penduduk mendakwa tanah Lot 9987 dan Lot 9942 merupakan Tanah Rizab Melayu. Melalui semakan oleh Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor, kedua-dua lot tersebut adalah diluar kawasan rizab Melayu namun berdekatan dengan tanah milik orang Melayu untuk tujuan pertanian iaitu penduduk Kampung Felda Bukit Cerakah.

    Isu ketiga adalah penduduk mendakwa jalan masuk ke kawasan pembangunan tapak perkuburan tersebut adalah melalui jalan kampung sedia ada. Adalah dimaklumkan cadangan jalan masuk asal yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Ketua Kampung Bukit Cerakah adalah rizab jalan dari Lot 6200 hingga Lot 6215 yang jauh daripada jalan masuk ke Kampung Bukit Cerakah. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya akan dputuskan melalui permohonan kelulusan Kebenaran Merancang oleh MDKS.

    Walaupun pemilik tanah mempunyai hak membangunkan tanah miliknya selaras dengan kategori dan syarat nyata tanah yang dinyatakan dalam dokumen hakmilik, pemilik tanah juga perlu memohon kelulusan Kebenaran Merancang di bawah Seksyen 21A Akta Perancangan Pembangunan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Perancang dalam membangunkan tanah miliknya.

    Kerajaan Negeri akan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dalam membangunkan negeri berdasarkan undang-undang sedia ada selaras dengan slogan Membangun Bangsa, Memakmur Negeri. Justeru, pembangunan yang dirancang perlu mengambil kira pulangan kepada hasil Negeri, kemaslahatan Rakyat dan peningkatan peluang pelaburan supaya Negeri Selangor kekal sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.