Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

306) KUBUR BERSEPADU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan kubur-kubur bersepadu di Negeri Selangor?

    Secara keseluruhannya Tapak Perkuburan Bersepadu bagi Negeri Selangor berjumlah 1090.26 ekar yang terletak di pelbagai

    Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sejumlah 281.79 ekar (25.85%) merupakan tapak perkuburan bersepadu sedia ada yang telah diluluskan terletak di lima (5) buah pihak berkuasa tempatan iaitu; Majlis Bandaraya Shah Alam (188.50 ekar), Majlis Perbandaran Subang Jaya (51.80 ekar), Majlis Perbandaran Selayang (3.41 ekar), Majlis Perbandaran Sepang (27.98 ekar) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (13.10 ekar).

    Manakala, terdapat tiga (3) tapak perkuburan bersepadu komited sejumlah

    79.46 ekar (7.29%) yang terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (29.46 ekar), Majlis Perbandaran Sepang (25 ekar) di peringkat kelulusan Kebenaran Merancang dan Majlis Daerah Sabak Bernam (25 ekar) di peringkat pewartaan.

    Dalam masa yang sama, sejumlah 729.01 (66.87%) tapak perkuburan bersepadu kini di dalam proses perancangan yang terletak di empat (4) kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan iaitu; Majlis Bandaraya Shah Alam (50 ekar) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (24.89 ekar) di  peringkat Kebenaran Merancang, Majlis Perbandaran Sepang (485.38 ekar) di peringkat proses pengambilan tanah dan Majlis Perbandaran Kajang (168.74 ekar) di peringkat proses pengukuran tapak.

     

  2. Apakah bilangan kapasiti kubur, mengikut lokasi atau tapak kubur bukan Islam di Negeri Selangor pada masa ini?

    Berdasarkan kepada anggaran bahawa setiap 2.5 ekar tapak perkuburan dapat menyediakan 600 lot kubur dan peruntukan 29% keluasan tapak diperuntukkan untuk kegunaan tapak perkuburan Bukan Islam, maka kapasiti tapak perkuburan bagi bukan Islam di atas tapak perkuburan bersepadu adalah seperti berikut; Majlis Bandaraya Shah Alam (23,489 lot), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (1,733 lot), Majlis Perbandaran Subang Jaya (4,920 lot), Majlis Perbandaran Selayang (818 lot), Majlis Perbandaran Sepang (42,658 lot), Majlis Daerah Sabak Bernam (1,740 lot) dan akhir sekali Majlis Daerah Hulu Selangor (3,144 lot).

  3. Apakah peruntukan kewangan sedia ada untuk pembinaan kubur baru?

    Peruntukan kewangan sedia ada bagi pembinaan tapak-tapak perkuburan yang baharu adalah melalui Akaun Amanah Perkuburan yang diletakkan di bawah Bendahari Negeri dan dikawal oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Sehingga Februari 2017, jumlah keseluruhan Akaun tersebut ialah RM 35.9 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.