Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

301) PENDERAAN EMOSI DAN FIZIKAL

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik penderaan emosi dan fizikal yang dilaporkan di Selangor dari 2014-2016

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, berikut adalah statistik penderaan fizikal dan emosi yang dilaporkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor di bawah peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994:

    Jenis Penderaan 2014 2015 2016
    Penderaan Fizikal 141 148 135
    Penderaan Emosi 16 18 16
    JUMLAH 157 166 151
  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa penderaan tersebut?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga JKM berperanan untuk:

    • Membantu mangsa memfailkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) di mahkamah;
    • Mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa ke hospital/ tempat kemudahan perubatan yang terdekat bagi rawatan kecederaan jika perlu;
    • Mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa ke kediaman alternatif/tempat selamat/tempat berlindung jika perlu;
    • Menjelaskan kepada mangsa hak untuk mendapatkan perlindungan terhadap keganasan rumah tangga;
    • Menemankan mangsa ke kediaman mangsa atau kediaman sebelumnya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya;
    • Merujuk mangsa kanak-kanak kepada Pelindung di bawah Akta Kanak- Kanak 2001;
    • Mempertimbangkan bantuan kewangan jika perlu;
    • Menyediakan perkhidmatan kaunseling, mediasi dan sebagainya;
    • Menyediakan tempat selamat jika perlu; dan
    • Merujuk mangsa kepada agensi lain yang

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah melaksanakan sebanyak 4 program berbentuk kempen dan kesedaran berkaitan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 sepanjang tahun 2016.

  3. Apakah rangka kerjasama Kerajaan Negeri dengan pihak Polis ke arah menyelaraskan tindakan dan usaha membendung kes penderaan tersebut?

    Jawapan oleh Sektoral

Lampiran

Tiada Lampiran.