Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
291) MASALAH VANDALISME PADANG CERGAS DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan kos pembinaan untuk sebuah Padang Cergas Di tiap-tiap PBT
Untuk makluman, kos pembinaan bagi sebuah Padang Cergas adalah sebanyak RM41,000.00 menggunakan peruntukan ADUN atau PBT masing-masing. Setiap ADUN perlu bekerjasama dengan PBT bagi pemilihan lokasi sebelum padang cergas dibina. Walau bagaimanapun, bagi PBT berstatus Majlis Daerah, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan pada satu nisbah satu (1:1) atau satu padang cergas oleh Kerajaan Negeri bagi setiap satu padang cergas yang dibina menggunakan peruntukan Majlis Daerah.
-
Sila menyatakan jumlah vandalisme berlaku di tiap-tiap PBT sejak Projek ini dijalankan
Jumlah vandalisme yang berlaku di setiap PBT sejak projek padang cergas ini dijalankan adalah sebanyak 46 kes dengan melibatkan 2 bilangan kompaun. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT JUMLAH VANDALISME JUMLAH KOMPAUN MBSA 2 2 MBPJ TIADA TIADA MPK 4 TIADA MPAJ 11 TIADA MPSJ TIADA TIADA MPS TIADA TIADA MPKj TIADA TIADA MPSp TIADA TIADA MDKL 13 TIADA MDHS 2 TIADA MDKS 2 TIADA MDSB 12 TIADA JUMLAH 46 2 Nota : Sumber dari PBT
-
Sehingga Bulan Februari 2017 berapa wang dibelanjakan untuk membuat kerjakerja baik pulih
Sebanyak RM148,434.72 telah dibelanjakan untuk kerja-kerja baik pulih sehingga bulan Februari dan perician mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT KOS BAIK PULIH (RM) MBSA 7,000.00 MBPJ TIADA MPK TIADA MPAJ 20,000.00 MPSJ TIADA MPS TIADA MPKj TIADA MPSp 3,434.72 MDKL 6,000.00 MDHS 50,000.00 MDKS 50,000.00 MDSB 12,000.00 JUMLAH 148,434.72 Nota : Sumber dari PBT