Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
290) TEMPOH MENJAWAB PERTANYAAN MULUT DAN BERTULIS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan tempoh menjawab dan serahan kepada ADUN semua pertanyaan mulut dan bertulis soalan dewan?
Tempoh menjawab bagi pertanyaan mulut dan bertulis soalan dewan adalah mulai tarikh Mesyuarat Mengkaji dan Menyusun Soalan sehingga tarikh tutup jawapan oleh pihak Jabatan, dianggarkan 6 hingga 10 hari bekerja. Merujuk pertanyaan berhubung tempoh serahan kepada ADN pula, soalan mulut akan dijawab sewaktu Persidangan Dewan berlangsung. Bagi pertanyaan mulut yang tidak sempat dijawab sewaktu Persidangan Dewan, jawapan secara bertulis bagi pertanyaan-pertanyaan mulut yang berkaitan akan diedarkan kepada ADN yang bertanyakan soalan tersebut pada hari Jumaat minggu pertama Persidangan Dewan (merujuk perenggan (7) dan (8) perkara 24 Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor).
-
Adakah Kerajaan Negeri boleh mempercepatkan proses memuat naik semua jawapan dan hansard ke portal dewan bagi memudahkan urusan ADUN seterusnya?
Jawapan berserta Hansard ini boleh dimuat naik ke portal Dewan dengan syarat jawapan kepada semua pertanyaan mulut dan bertulis lengkap diterima sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.