Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
289) MEMANDANGKAN KEMELESETAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR ?
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menambah air percuma kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor supaya meringankan beban rakyat?
Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menambah pemberian air percuma kepada pengguna domestik di Negeri Selangor. Matlamat Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif.
Semenjak dilaksanakan pada Jun 2008 sehingga 31 Disember 2016, program ini telah menelan belanja yang dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion. Jumlah yang dibelanjakan untuk membiayai program air percuma ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya sedar bahawa kos yang perlu dibelanjakan bagi membiayai program air percuma ini amatlah tinggi, namun demi usaha untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan akan memastikan agenda peduli seperti ini akan terus dijunjung.