Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
286) SUMBANGAN SEMPENA PERAYAAN & PROGRAM BACK TO SCHOOL PEKAWANIS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan perbelanjaan setiap tahun bagi tempoh 2013-2016 untuk membiayai program PEKAWANIS di atas.
PEKAWANIS atau Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor telah ditubuhkan pada 22 Oktober 2008 yang diterajui oleh isteri Dato’ Menteri Besar sebagai Yang DiPertua. Setakat ini, PEKAWANIS mempunyai 44 orang ahli yang terdiri daripada Ahli Parlimen wanita, Ahli Dewan Negeri wanita dan isteri kepada Ahli Dewan Negeri.
Setiap tahun PEKAWANIS menjalankan program Sumbangan Sempena Perayaan dan Program Kembali ke Sekolah sebagai program tahunan sebagai salah satu langkah membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga semasa ketibaan musim perayaan serta mengurangkan perbelanjaan anak-anak masuk ke sekolah. Tiga perayaan utama yang terlibat dalam program ini adalah Hari Raya Eidul Fitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bagi program Sumbangan Sempena Perayaan, seramai 30 orang penerima diperuntukkan bagi setiap DUN manakala 50 orang setiap DUN bagi program Kembali ke Sekolah. Senarai perbelanjaan program tersebut adalah seperti berikut :
PROGRAM / TAHUN Sumbangan Sempena Perayaan (RM)
Kembali ke Sekolah (RM)
2013 372,314.00 10,700 2014 396,520.00 217,200.00* 2015 497,277.00 102,300.00 2016 553,681.00 198,810.00 JUMLAH (RM) 1,819,792.00 529,010.00 * Program Bersama Orang Asli dan Kembali ke Sekolah
-
Daripada sumber manakah dana ini diperolehi?
PEKAWANIS merupakan sebuah pertubuhan NGO yang bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan berbentuk kebajikan. Sehubungan itu, PEKAWANIS menerima dana berbentuk sumbangan daripada pelbagai pihak seperti badan-badan korporat dan individu perseorangan bagi mengiatkan lagi aktiviti kebajikan mereka.
-
Apakah mekanisme yang digunakan bagi menjamin penyaluran dana yang telus?
Penyata kewangan PEKAWANIS diaudit pada setiap tahun bagi memastikan ketelusan kewangan dan perbelanjaan serta dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tanpa gagal.