Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
285) PRESTASI RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini rumah Selangorku yang telah siap dibina mengikut jenis.
Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Namun secara keseluruhannya sebanyak 89,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Ia merangkumi sebanyak 22,494 unit rumah dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku manakala baki 66,902 unit lagi bukan dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku. Daripada keseluruhan unit tersebut terdapat sebanyak 665 unit RSKU telah siap dibina. Jumlah ini tidak termasuk Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah diperkenalkan untuk tempoh interim dari tahun 2010 – 2013 sebelum Dasar Rumah Selangorku diperkenalkan. Perinciannya adalah seperti berikut :-
Projek Rumah Selangorku yang telah siap dibina mengikut jenis sejak tahun 2014 sehingga kini :-
PBT Bilangan Projek Jumlah Unit MBSA 1 536 (Jenis C) MDHS 1 129 (Jenis D) JUMLAH 2 665 Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah siap dibina untuk tempoh tahun 2010 sehingga tahun 2013 :-
PBT Bilangan Projek Jumlah Unit MPKj 3 352 MPS 1 1,422 MBPJ 1 236 JUMLAH 2 2,010 -
Nyatakan jumlah terkini rumah Selangorku yang sedang dibina mengikut jenis.
Bagi projek Rumah Selangorku yang sedang dibina pula, sebanyak 24 projek dengan keseluruhan sebanyak 20,675 Perinciannya adalah seperti berikut :-
Projek Rumah Selangorku yang sedang dibina mengikut jenis sejak tahun 2014 sehingga kini :-
-
Nyatakan jumlah terkini rumah Selangorku yang telah dilancarkan mengikut jenis
Sama seperti di SUB (b)