Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

284) KERJA KOREKAN DAN PEMINDAHAN KELUAR TANAH BUKIT DI BUKIT KERAYONG 2 DAN BUKIT KAPAR DUN MERU. MENGIKUT KELUASAN TAPAK DAN PENINGGALAN KOREKAN YANG ADA, IA MEMBERI KESAN BENCANA BANJIR KILAT DI BAHAGIAN BAWAHNYA KEDUA-DUA BELAH KAMPUNG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah agensi terlibat dalam proses kelulusan permit selain daripada pejabat tanah Daerah?

    Agensi-agensi yang terlibat selain Pejabat Tanah dan Daerah adalah seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral Dan Galian dan Lembaga Urus Air Selangor.

  2. Berapakah keseluruhan luas hektar telah dikorek yang berpermit dan tanpa permit sehingga kini?

    Berdasarkan permohonan permit jumlah keluasan yang terlibat ialah 17.56 ekar (7.10 hektar) manakala PDTK tiada maklumat keluasan bagi korekan tanpa permit.

  3. Bagaimanakah kawalan keluasan, kecerunan tapak korekan dan aliran air hujan dilaksanakan?

    Setiap permohonan dan kelulusan memerlukan ulasan dari jabatan teknikal yang akan bertanggungjawab dalam mengawal pengorekan. Selain itu pengusaha juga perlu mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh jabatan teknikal yang terlibat.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    SYARAT-SYARAT AGENSI TEKNIKAL

    1. Pemohon perlu mengemukakan pelan ukur serta pelan ‘Contour’ untuk lot tanah yang terlibat dan aras laras jalan dan tapak yang sediada perlu dikemukakan ke pejabat ini untuk ulasan yang

     

    1. ‘Wash trough’ perlu dibina di jalan keluar/masuk bagi tujuan mencuci tayar- tayar lori sebelum keluar ke jalan utama. Rekabentuk ‘wash trough’ perlu dikemukakan untuk ulasan yang

     

    1. Pemohon hendaklah menanggung segala Kos Penyelenggaraan Jalan di hadapan lot cadangan meliputi tempoh kerja-kerja pengeluaran tanah merah iaitu semasa kerja-kerja pengeluaran tanah merah

     

    1. Papantanda amaran lalulintas yang mematuhi ‘Arahan Teknik’ 2C/85 perlu diadakan di persimpangan jalan keluar/masuk untuk mengarahkan lalulintas semasa kerja-kerja

     

    1. Sebarang cerun yang dibina mestilah tidak melebihi kecerunan 45˚. Ketinggian teres setiap cerun mestilah kurang dari 5 meter. Aspek kestabilan cerun mestilah diberi perhatian

     

    1. Sebarang kerja peletupan batuan adalah tidak dibenarkan. Jika kerja-kerja batuan hendak dijalankan, surat kebenaran hendaklah diperolehi terlebih

     

    1. Tiada sebarang kelodak dibenarkan disimpan kecuali di dalam kolam kelodak dan hanya aliran overflow (air bersih) sahaja boleh dilepaskan ke sistem saliran berhampiran. Kolam kelodak tidak dibenarkan dibina di dalam anak sungai/alor/parit

     

    1. Menyediakan jambatan/lintasan atau pembentung yang sesuai serta berkeupayaan untuk menampung keperluan laluan air dan menanggung berat kenderaan yang keluar masuk dari jalan utama ke tapak

     

    1. Perimeter drain atau ‘temporary earth drain’ di sekeliling kawasan kerja (dalam ROW) semasa peringkat awal sebelum pengorekan untuk ‘basement’

     

Lampiran

Tiada Lampiran.