Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

281) LETUPAN BUNGA API FIESTA GEGAR KLANG 2016 DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN KLANG SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab terjadi kemalangan letupan bunga api di Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran?

    Perkara ini masih di dalam siasatan polis dan proses mahkamah.

  2. Adakah penganjur membeli Public Liabilities Insurance untuk program?

    Kebiasaan mana-mana program yang dijalankan oleh MPK ataupun agensi kerajaan tidak mewajibkan pembelian Public Liabilities Insurance.

  3. Adakah 10 orang awam yang mengalami kecederaan percikan letupan bunga api boleh diberikan pampasan oleh penganjur?

    MPK telah menubuhkan sebuah pasukan Prihatin mangsa – mangsa bunga api Fiesta Gegar Klang 2016 yang diketuai oleh Pengarah Komunikasi  Korporat MPK. Setiap mangsa telah diberikan sumbangan Ihsan yang berjumlah RM500.00 seorang. Sehubungan dengan itu juga, setiap mangsa diberikan rawatan melalui Klinik MPK secara percuma. MPK juga membuat bayaran tuntutan semula kos perubatan pada mangsa yang mendapatkan rawatan di Klinik

Lampiran

Tiada Lampiran.