Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

266) PROGRAM AGRO GENERASI MUDA SELANGOR (AGROGEMS)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penyertaan bagi program AGROGEMS sehingga kini mengikut bangsa

    Jumlah penyertaan bagi program AGROGEMS bermula dari tahun 2015 hingga 2016 adalah seramai 444 orang dengan pecahan mengikut bangsa adalah seperti berikut :-

    1.    Melayu 440
    2.    Cina 1
    3.    India 3
  2. Sejauh manakah keberkesanan AGROGEMS dalam membantu generasi muda?

    Hasil daripada program tersebut, sejumlah 63 peserta AGROGEMS telahpun menerima bantuan kerana telah memulakan projek pertanian mereka selain dari memenuhi syarat-syarat permohonan manakala seramai 84 peserta pula telah menghadiri program susulan iaitu dengan mengikuti kursus yang berkaitan seperti Kursus Tanaman Berkonsepkan Fertigasi, Kursus Penternakan Ikan dan Kursus Penternakan Lebah Kelulut.

Lampiran

Tiada Lampiran.