Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

260) KAWASAN LAPANG YANG DIBERI HAKMILLIK KOMERSIAL

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kes The Ordinary Co. Sdn Bhd v. Lembaga Rayuan Negeri Selangor & MBPJ yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada tahun 2013 adalah satu keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan. Mengapakah kedua-duanya tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu?

    Pihak MBPJ telah menfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 13 Mei 2013. Sementara menunggu tarikh pendengaran permohonan rayuan tersebut satu perbincangan telah diadakan di antara mantan Datuk Bandar MBPJ (Ybhg. Datin Paduka Alinah Ahmad) dan peguam dari Tetuan Kamaruzaman Arif Amran & Chong (YBhg. Dato’ Kamaruzaman Arif). Hasil perbincangan adalah seperti berikut:

    Peguam Majlis berpandangan bahawa kes rayuan ini ditarik balik atas alasan:

    • Fakta kes dari jabatan teknikal iaitu Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Selangor (JPBD) dan Pejabat Daerah/Tanah Petaling telah menyokong bahawa pihak MBPJ telah tersilap mewartakan lot tersebut sebagai tanah
    • Keputusan kes di peringkat Mahkamah Tinggi tidak memudaratkan MBPJ kerana pihak Majlis masih boleh mempertimbangkan permohonan pihak The Ordinary Co. Sdn.

    Keputusan ini diterima dan dipersetujui oleh mantan Datuk Bandar dan beliau mengarahkan peguam Majlis menarik balik kes rayuan tersebut. Peguam pada 18 November 2014 telah menarik balik kes rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan

Lampiran

Tiada Lampiran.