Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

258) CARUMAN PARIT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan caruman parit sejak tahun 2008 hingga kini

    Jumlah kutipan akaun amanah caruman parit dari 2008 sehingga 2016 adalah seperti berikut:-

    2008   – RM 10,728,208.66
    2009   – RM 6,761,820.87
    2010   – RM 10,725,756.29
    2011   – RM 15,677,548.87
    2012   – RM 23,472,138.75
    2013   – RM 20,662,762.69
    2014   – RM 19,605,133.49
    2015   – RM 32,679,527.32
    – RM 20,343,150.00

     

     

  2. Jelaskan perbelanjaan caruman parit secara umum

    Arahan Amanah bagi Akaun Caruman Parit yang berkuatkuasa pada 16 Mac 1996, semua wang yang terkumpul di dalam Akaun Amanah ini boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan bagi :-

    • Kerja-kerja yang berkaitan dengan menaiktaraf sistem saliran utama
    • Kerja-kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan sungai dan tebatan banjir
    • Kerja-kerja yang berkaitan dengan hidrologi dan ramalan banjir
    • Lain-lain perbelanjaan yang berkaitan yang diluluskan oleh jawatankuasa caruman parit seperti pengambilan balik tanah, kajian, rekabentuk dan sebagainya

    Pelaksanaan kerja daripada pembiayaan melalui Akaun Amanah ini diuruskan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah Caruman Parit. Projek-projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan CP telah banyak membantu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan isu banjir di negeri Selangor.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    • Bagi permohonan pelupusan tanah secara permberimilikan dan mengubah syarat tanah bagi tujuan perumahan, perniagaan dan perindustrian kadar bayaran caruman parit ialah RM 10,000.00 seekar.
    • Bagi pemberimilikan tanah untuk pertanian kadar bayaran caruman parit ialah RM 1,000.00

    Bagi pembangunan tanah (pemberimilikan atau tukar syarat tanah) di atas tanah Rezab Melayu kadar bayaran caruman parit adalah RM 5,000.00 seekar.

    Pada MMKN Bil. 20/2015 bertarikh 24 Jun 2015 pada dasarnya telah bersetuju untuk JPS menggunakan 100% kutipan caruman parit dan pada MMKN Bil. 38/2015 mesyuarat mengambil maklum syor

    Jawatankuasa Amanah Caruman Parit adalah seperti berikut:-

    • YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Pengerusi
    • YB Pegawai Kewangan Negeri Selangor Timbalan Pengerusi
      Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri Selangor Ahli
    1. Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Ahli
    2. Bendahari Negeri Selangor Bendahari
    3. Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) JPS Negeri Selangor

    Urusetia

    • Waktu bayaran caruman parit adalah selepas tukar syarat tanah diluluskan oleh MMKN dan sebelum kelulusan bagi pelan sistem saliran dikeluarkan oleh JPS. Tempoh KM kebiasaannya adalah 2 tahun tertakluk kepada PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.