Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

241) ISU TANAH BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status terkini proses permohonan tanah lorong 6-12 Bagan Sekinchan?

    Sehingga kini, Pejabat Tanah Sabak Bernam belum menerima sebarang Borang Permohonan Pelupusan Tanah Kerajaan Secara Pemberimilikan (Jadual 1) di bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara (KTN) di kawasan tersebut dari penduduk-penduduk terbabit. Pihak penduduk hanya berhubung dengan pejabat ini berkaitan dengan penyediaan Pelan Pra-Hitungan yang diperlukan untuk permohonan tersebut.

  2. Sila huraikan apakah kekangan yang dihadapi bagi mempercepatkan proses tersebut?

    Lazimnya, sekiranya borang permohonan yang dikemukakan adalah lengkap, kekangan yang sering dihadapi di dalam memproses permohonan berkenaan adalah mendapatkan ulasan-ulasan teknikal daripada Jabatan-jabatan Teknikal termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

  3. Sila nyatakan berapakah tempoh sebenar yang masih diperlukan untuk mendapat kelulusan hakmilik kepada penduduk setempat?

    Borang permohonan yang lengkap perlu dikemukakan bersama resit bayaran proses, resit bayaran penyediaan pelan, surat akuan sumpah dan akujanji pemohon serta surat sokongan daripada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK). Tempoh masa yang diperlukan untuk mendapat kelulusan hakmilik dari Pihak Berkuasa Negeri (PBN) adalah sekurang-kurangnya 4 bulan daripada tarikh penerimaan borang permohonan yang lengkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.