Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
240) PROGRAM SMART LIFE
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senarai pangsapuri yang terlibat dengan program smart life di Selangor
Untuk makluman Yang berhormat, berdasarkan rekod terkini sehingga 17 Mac 2017, jumlah unit lif di pangsapuri kos rendah adalah sejumlah 420 unit lif melibatkan 133 kawasan pangsapuri. Manakala, pelaksanaan SMART LIFE terbahagi kepada dua pelan tindakan seperti berikut:
- Baikpulih Lif (RM22 juta)
Terdapat dua (2) fasa iaitu dalam Fasa I merangkumi sebanyak 49 unit lif yang meliputi sebanyak 10 pangsapuri seperti di bawah. Proses mula kerja dijangka akan dimulakan pada bulan Mei 2017. Manakala bagi Fasa II sebanyak 15 pangsapuri yang melibatkan 36 unit lif akan mula dibaiki pada bulan Ogos 2017.
Fasa 1
Fasa 2
- Bantuan Kewangan Pembayaran Kontrak Penyenggaraan Lif Komprehensif (RM8 juta)
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang disediakan.
Jumlah peruntukan SMART LIFE bagi tahun 2017 adalah sejumlah RM30 Juta seperti berikut:
PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN Baikpulih Lif RM22 Juta Bantuan Kewangan Pembayaran Kontrak Penyenggaraan Lif Komprehensif RM 8 Juta JUMLAH RM30 Juta