Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

215) PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA KEDAI LPB DI TAPAK PASAR MALAM PAYA JARAS TENGAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat halangan bagi MBSA membangunkan semula kedai-kedai PLB di Paya Jaras Tengah?

    Halangan untuk MBSA membangunkan semula kedai-kedai PLB di Paya Jaras Tengah ini disebabkan pewartaan tapak kawasan. Tapak ini adalah tanah kerajaan yang diperuntukkan sebagai tapak pasar yang berkeluasan 1.856 ekar (Berdasarkan Rancangan Tempatan MBSA (Pengubahan 3) 2020. Pihak Majlis telah memohon kepada Pejabat Daerah Tanah Petaling untuk mewartaan tapak ini bagi membangunkan semula tapak sebagai pasar moden dengan mengambilikira kepesatan pembangunan sekitar dan keperluan penduduk.

    Pejabat Daerah Tanah Petaling sedang dalam proses untuk mewartakan tapak tersebut.

  2. Jika tiada, apakah kaedah terbaik untuk melaksanakan pembangunan semula kedai PLB tersebut?

    Tiada.

Lampiran

Tiada Lampiran.