Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
208) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status aktiviti perniagaan DEIG?
Buat masa ini, Darul Ehsan Investment Group (“DEIG”) tiada aktiviti perniagaan dan pelaburan memandangkan proses pengukuhan sistem tadbir urus korporat belum dimuktamadkan.
-
Apakah aset-aset utama DEIG pada masa ini?
DEIG tidak memiliki sebarang aset dan liabiliti buat masa ini.
-
Apakah rancangan DEIG untuk 5 tahun akan datang?
Perancangan masa hadapan DEIG akan direncana setelah pengukuhan struktur tadbir urus korporat DEIG dimuktamadkan.