Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
200) MOBILE GARBAGE BIN (MGB)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi pengagihan MGB
Secara dasarnya, Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya PBT yang berkemampuan dapat menyediakan tong sampah yang seragam kepada penduduk sebagai rancangan untuk menyeragamkan tong sampah supaya ia kelihatan kemas, bersih dan teratur di samping dapat meningkatkan tahap kecekapan proses kutipan sampah di PBT masing-masing. Sebagai contoh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merancang untuk mengagihkan tong sampah beroda dan bertutup atau Mobile Garbage Bin bersaiz 120 Liter (MGB120L) kepada 99,675 unit rumah landed manakala 599 unit MGB660L akan diedarkan ke kampung-kampung tradisi dengan perbelanjaan sebanyak RM10,487,849.83 secara sendiri di mana rancangan ini telah dijadikan sebagai syarat utama dalam tender kutipan sampah bermula 1 Julai 2016. Manakala, di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSA) juga memperuntukkan secara sendiri sebanyak RM1,250,000.00 bagi mengagihkan tong sampah sebanyak 9,000 unit tong sampah.
Walau bagaimanapun, bagi memulakan program ini akan menelan kos yang tinggi bagi PBT yang kurang berkemampuan, Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM258 ribu di bawah Peruntukan Pembangunan Kerajaan Tempatan 2015 bagi melaksanakan Program Pengagihan Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk Di Kawasan PBT Negeri Selangor dengan jumlah pembekalan sebanyak 3000 unit tong sampah
dan RM1,333 juta untuk program kedua pada tahun 2016 dengan jumlah tong sampah sebanyak 15,500 unit tong sampah. Tong sampah ini dibahagikan mengikut PBT seperti berikut:-
BIL.
PBT
BIL. TONG SAMPAH YANG DIAGIHKAN JUMLAH KESELURUHAN
2015 2016 1. MBSA 300 500 800 2. MBPJ 300 500 800 3. MPSJ 300 1,000 1,300 4. MPS 300 1,500 1,800 5. MPKj 300 1,500 1,800 6. MPK 500 1,500 2,000 7. MPAJ 300 1,500 1,800 8. MPSP 300 1,500 1,800 9. MDKS 100 1,500 1,600 10. MDKL 100 1,500 1,600 11. MDSB 100 1,500 1,600 12. MDHS 100 1,500 1,600 JUMLAH 3,000 15,500 18,500 -
Nyatakan peruntukan untuk menyediakan MGB pada tahun 2016.
Bagi tujuan pelaksanaan program Pengagihan Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk Di Kawasan PBT Oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2016 adalah dengan menggunakan peruntukan Pembangunan (P01) Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Tahun