Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

179) MENGEMBALIKAN SEMULA KEGEMILANGAN BOLA SEPAK SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri akan terus membiayai FAS pada tahun 2017?

    Dijawab oleh Perbendaharaan Negeri

  2. Apakah program jangka panjang Kerajaan untuk membangunkan Bola Sepak Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor perlu meneruskan kesinambungan Program Pembangunan Sukan Bolasepak walaupun tanpa melibatkan Persatuan Bolasepak Selangor. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan semua kekuatan yang ada diperingkat Kerajaan Negeri untuk meneruskan program pembangunan sukan

    Selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor agar Kerajaan Negeri Selangor dapat mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak di Negeri Selangor, Pengurusan Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyahut saranan daripada DYMM Sultan Selangor untuk mempertingkatkan kecemerlangan Program Pembangunan Sukan Bola Sepak di negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk merangka satu pendekatan bijak sejajar dengan motto ‘Smart- Selangor’ bagi mengujudkan satu program pembangunan sukan bolasepak yang lebih berstruktur dan sistematik untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan bolasepak di Negeri Selangor.

    Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengujudkan struktur program pembangunan bolasepak Negeri Selangor dan seterusnya ke arah penubuhan sebuah Akademi

    Elite yang dinamakan ‘Akademi Bolasepak Merah Kuning’ yang bakal menempatkan pemain-pemain remaja terbaik bolasepak Negeri Selangor secara berterusan.

    Akademi Bolasepak Merah Kuning akan menempatkan pemain-pemain terbaik graduasi dari ketiga-tiga akademi tersebut di atas yang akan menempatkan pemain-pemain bagi peringkat umur antara 18-21 tahun. Pemain-pemain ini akan ditempatkan sepenuh masa di Kompleks Akademi Bolasepak Selangor bertempat di U15 Puncak Alam sebagai pusat latihan dan operasi Akademi Bolasepak Merah Kuning.

    Kerajaan Negeri telah mengenalpasti Kelab Bolasepak Luar Negara untuk menjalinkan kerjasama dari Akademi Bola Sepak Ajax Armsterdam bagi membentuk satu model latihan yang sistematik dan terkini serta pertukaran kepakaran dan peluang pendedahan kepada pemain-pemain.

Lampiran

Tiada Lampiran.