Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
173) PUSAT MAKLUMAT PELANCONG DI SEKINCHAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Pusat tersebut?
Pusat maklumat pelancongan tersebut masih di dalam peringkat perancangan bagi proses pemilihan tempat yang sesuai, dan juga penetapan konsep pengisian pusat, termasuk perancangan dan pengesahan dari segi pengurusan dan juga fungsi pusat tersebut untuk beroperasi mengikut keperluan setempat oleh pihak
-
Sila nyatakan bilakah Pusat Maklumat Pelancong akan direalisasikan bagi membantu mempromosikan sektor pelancongan di Sekinchan?
Pusat Maklumat Pelancong dirancang pelaksanaan dan penubuhannya dan dijangka siap pada suku tahun ketiga untuk tahun 2017, mengikut garis masa seperti yang berikut:
Quarter 2 April – Jun 2017
i) Lawatan Tapak ii) Perbentangan dan Pemilihan Tempat dan Pengisian & Konsep Pusat
iii) Perbentangan cadangan Pengurusan Pusat
iv) Proses Perbentangan Terakhir dan Kelulusan
Quarter 3 Julai – Sept 2017
i) Proses pembinaan dan Installation Quarter 4 Sept – Dis 2017
i) Majlis Pelancaran Pusat Informasi Pelancongan Perkara-perkara ini akan diambil tindakan oleh pihak UPEN, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Tourism Selangor bagi pengisian dan pelaksanaan Pusat Maklumat Pelancongan tersebut.
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan?
Jumlah peruntukan untuk Pusat Informasi Pelancongan di Sekinchan masih dikemaskini dan diperhalusi dan akan diumumkan setelah proses perbentangan terakhir dilakukan dan