Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

172) MANFAAT PELABURAN ASING

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat mendapat manfaat dari kemasukan pelaburan asing ke Selangor?

    Antara strategi-strategi yang diambil oleh Kerajaan negeri bagi memastikan rakyat mendapat manfaat dari kemasukan pelaburan asing ke Selangor adalah seperti berikut;-

    • Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada 5 sektor perindustrian utama yang berasaskan teknologi tinggi bagi menyediakan potensi peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi atau separa mahir. Ini bertujuan untuk menyediakan potensi peluang pekerjaan yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat Selangor untuk mencapai hasrat rakyat berpendapatan

     

    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru di kawasan luar Lembah Klang bagi membawa pembangunan ke kawasan- kawasan luar Bandar agar pembangunan di Negeri Selangor seimbang disemua daerah. Ini juga mampu untuk membantu PBT bagi meningkatkan hasil dari segi kutipan cukai

     

    • Memberi fokus kepada pembangunan industri Bio Teknologi dan Industri Halal bagi membantu usahawan – usahawan tempatan yang kebanyakannya terlibat dalam industri makanan untuk memajukan lagi operasi perniagaan

     

    • Menggalakkan syarikat untuk mengambil pekerja tempatan bagi memberikan pendedahan dan latihan kepada pekerja tempatan berkenaan teknologi baru dalam sektor

     

  2. Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang wujud hasil dari kemasukan pelaburan asing pada 2016?

    Bagi tahun 2016 sebanyak 242 projek perkilangan telah diluluskan di negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 7,880,767,374. Daripada jumlah ini sebanyak 16,427 potensi peluang pekerjaan telah

Lampiran

Tiada Lampiran.