Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
164) LARANGAN PENGGUNAAN POLISTIRENA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah polisi ini menjejaskan peniaga-peniaga kecil?
Setakat ini Kerajaan Negeri belum lagi mendapat laporan berhubung peniaga kecil yang terjejas dengan pelaksanaan polisi larangan penggunaan polistirena ini.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan impak kepada pengeluar-pengeluar produk polistirena?
Sebelum pelancaran kempen ini dilaksanakan pada 21 Disember 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan sesi perjumpaan bersama pihak Malaysian Plastic Manufactures Association (MPMA) pada bulan Julai 2016 dan Kerajaan Negeri juga turut mengadakan perjumpaan bersama pihak pengusaha pasaraya pada
15 Disember 2016 berhubung penguatkuasaan larangan penggunaan polistirena. Kedua-dua perjumpaan dan mesyuarat tersebut telah memutuskan agar pengusaha pengeluar plastik dan polistirena disarankan untuk beralih kepada produk yang lebih mesra alam.
-
Adakah Kerajaan memberi insentif bagi pengeluar-pengeluar yang sama ada menutup perniagaan mereka atau beralih kepada produk yang lebih mesra alam sekitar?
Kerajaan Negeri belum bercadang untuk memberikan insentif khusus kepada pengeluar bahan polistirena sebaliknya menyarankan agar pengeluar bahan tersebut untuk beralih kepada produk yang lebih berinovasi dan mesra