Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

161) KAWASAN HUTAN DITEROKAI UNTUK PEMBANGUNAN PROJEK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan hutan yang telah diterokai Untuk Pembangunan Projek sejak tahun 2013-2016?

    Tiada

  2. Berapakah jumlah gantirugi yang dibayar oleh pihak TNB dan Konsesi-konsesi Lebuhraya pada tahun 2008-2016?

    Tiada kelulusan bagi permohonan pembangunan infrastruktur untuk jajaran talian TNB atau konsesi lebuhraya bagi tahun 2008 dan tahun 2013 hingga 2014. Pada tahun 2008, merupakan bayaran ganti rugi pokok bagi jajaran talian penghantaran TNB dari PMU Bukit Lagong ke PMU Bukit Rawang & PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak. Pada tahun 2011, satu bayaran gantirugi pokok telah dikenakan bagi projek pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur ke Kuala Selangor (LATAR) (2011), Rawang By Pass (2012) dan East Klang Valley Expressway (EKVE) (2015) manakala bagi jajaran Talian TNB pula kelulusan dan bayaran gantirugi telah dibuat pada 2015. Jumlah keseluruhan bagi gantirugi pokok di dalam HSK yang terlibat bagi kedua-dua projek infrastruktur tersebut adalah sebanyak RM 34,268,317.68.

    BIL. TAHUN Lebuhraya TNB JUMLAH (RM)
    1. 2008
    2. 2009 253,732.00 253,732.00
    3. 2010
    4. 2011 163,000.00 163,000.00
    5. 2012 2,687,219.00 2,687,219.00
    6. 2013
    7. 2014
    8. 2015 8,696,608.95 20,526,050.31 29,222,659.26
    9. 2016 78,285.08 1,863,422.34 1,941,707.42
    JUMLAH 11,625,113.03 22,643,204.65 34,268,317.68
  3. Apakah kriteria-kriteria yang dirujuk apabila Kerajaan Selangor membenarkan kawasan hutan diterokai?

    Antara kriteria-kriteria yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum membenarkan sesuatu kawasan hutan diteroka adalah:

    • Kawasan HSK yang terlibat merupakan pilihan cadangan terakhir;
    • Projek tersebut mempunyai kepentingan nasional yang akan memberi kemudahan kepada rakyat dan masyarakat setempat;
    • Pihak pemohon telah melaksanakan beberapa kajian yang berkaitan dan telah mendapat kelulusan seperti Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Detail Environment Impact Assessment (DEIA), Pelan Hidupan Liar dan kajian-kajian lain yang berkaitan; dan
    • Mendapat ulasan dan sokongan daripada Jabatan-jabatan dan Agensi- agensi teknikal yang
    • Proses Penyiasatan Awam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyiasatan Awam
    • Laporan Penuh Jawatankuasa Penyiasatan Awam akan disediakan dan diangkat bersama Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
    • Sekiranya diluluskan, proses pewartaan pemansuhan dan penggantian HSK akan dijalankan serentak dengan keluasan yang sama atau lebih besar.
    • Selain itu, gantirugi pokok dengan gandaan tiga (3) juga akan dikenakan bagi kawasan yang

Lampiran

Tiada Lampiran.