Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
160) PELBAGAI PROGRAM KESIHATAN RAKYAT
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program berkaitan kesihatan rakyat yang ditawarkan oleh Kerajaan?
a) dan b)
kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM136,100,000.00 bagi tahun 2017 iaitu peruntukan tertinggi yang diperuntukan kepada Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor. Ini adalah selaras dengan rasa kepedulian yang tinggi terhadap kesihatan rakyat.
Bermula 1 Januari 2017, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan satu skim yang dinamakan sebagai Skim Peduli Sihat (SPS) iaitu Skim Perlindungan Perubatan dan Kesihatan asas (medical and healthcare coverage) kepada rakyat Kumpulan Bottom 40% (B40) sebagai sasaran.
Skim ini membolehkan golongan sasar iaitu Kumpulan B40 menerima rawatan kesihatan dan perubatan asas daripada klinik panel, yang terdiri dari klinik atau hospital swasta dengan kos tertentu yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
Skim ini dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM125 juta setahun dengan jangkaan penerima manfaat kepada 250,000 keluarga atau 1 juta rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
Negeri Selangor telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempelopori skim perlindungan perubatan dan kesihatan asas sebegini dan ianya adalah seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangun bangsa dan memakmur negeri.
Selain daripada Skim Peduli Sihat, terdapat juga program bantuan kesihatan di Program Bantuan Sihat Selangor yang disediakan untuk membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor yang kurang berkemampuan dalam menjalani rawatan serta menjalani kehidupan yang lebih sihat. Bantuan kesihatan ini diberikan melalui dana Bantuan Sihat Selangor selaras dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap tahap kesihatan seluruh rakyat Selang
Program Bantuan Sihat Selangor telah diperkenalkan sejak tahun 2009 dengan bantuan rawatan dialisis, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil dan lain- lain permohonan seperti pembelian kerusi roda, susu dan lampin pakai buang. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri Selangor telah menambah satu lagi bantuan iaitu kaki pals
Proses pembayaran dibuat secara one-off kepada pihak hospital, pusat rawatan atau pembekal dan permohonan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sekali sahaja setiap tahun. Sehingga tahun 2016, Kerajaan Negeri Selangor telah membelanjakan sebanyak RM5,436,793.75 secara keseluruhannya dengan seramai 2,294 orang yang telah menerima manfaatny
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk tahun 2017?
-
Apakah program yang memakan belanja tertinggi dan apakah sebabnya?
Skim Peduli Sihat mencatatkan peruntukan yang tertinggi bagi tahun 2017 iaitu RM125 juta memandangkan ianya merupakan bantuan Kesihatan asas yang di perlukan oleh semua golongan masyarakat terutama golongan B40 di mana lebih dari 2 juta orang daripada 6.2 juta rakyat Selangor adalah tergolong sebagai kumpulan berpendapatan rendah atau Kumpulan B40 berdasarkan Laporan Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2014–2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kumpulan B40 ini juga membelanjakan lebih kurang RM100 sebulan untuk rawatan kesihatan, perubatan, insurans kesihatan dan sebagainya mengikut Laporan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2014, Jabatan Perangkaan Malaysia;
Sebanyak 86.6% daripada Kumpulan B40 di bandar terpaksa membayar sendiri kos rawatan dan perubatan yakni menyebabkan pergantungan tinggi terhadap penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan awam berpandukan Laporan Fourth National Health and Morbidity Survey 2011, Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Maka dengan itu, Kerajaan Negeri berasakan keperluan terhadap bantuan ini dengan peruntukan yang tinggi agar rakyat Selangor yang layak akan menerima manfaat daripada program yang disediakan.