Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

159) PERLAKSANAAN ENAKMEN SISA PEPEJAL PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah draf enakmen Sisa Pepejal itu sudah disiapkan?

    Draf Enakmen Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor sedang dalam proses penelitian semula oleh pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor setelah beberapa siri pembentangan kepada barisan back benchers di mana beberapa isu berkaitan perundangan perlu diperhalusi dan dibuat penelitian

  2. Bilakah hendak dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor?

    Persediaan bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) ke dalam sidang Dewan Negeri Selangor boleh bermula selepas Enakmen tersebut dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara dan RUU yang digubal telah dipersetujui. Sehubungan dengan itu, segala isu-isu berkaitan perundangan yang dikandung di dalam RUU tersebut perlu diteliti dengan rapi dan akan melalui proses penterjemahan dalam dwi

  3. Apakah halangan untuk melaksanakan enakmen tersebut?

    Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan sebelum pelaksanaan Enakmen

    Selain itu, peruntukan kesalahan dan hukuman yang diperuntukan dalam Enakmen tersebut hendaklah dirujuk dan dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu

Lampiran

Tiada Lampiran.