Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

138) PROJEK NAIKTARAF PARIT JEPUN (PARIT GUNASAMA) DI KAMPUNG PAYA JARAS DALAM DAN PAYA JARAS HULU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri akan memulakan projek menaiktaraf parit jepun di Paya Jaras Dalam dan Paya Jaras Hulu?

    a),b)

    Kebanyakan parit-parit “jepun” di Paya Jaras Dalam dan Paya Jaras Hulu berada dalam lot tanah persendirian. Parit-parit “jepun” ini tiada rizab simpanan parit JPS. Sekiranya pihak JPS ingin melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf parit-parit “jepun” tersebut akan melibatkan pengambilan balik tanah hakmilik serta memerlukan kos yang tinggi.

  2. Apakah Kerajaan bersedia menggunakan peruntukan perundangan Creation Right of Ways (CROW) bagi maksud membangunkan sistem saliran perparitan di atas tanah persendirian?

Lampiran

Tiada Lampiran.